February 5th, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Semalam tiba-tiba benteng pertahananku pecah. Benteng yang kubina sejak 28 tahun lalu tidak dapat bertahan lagi..aku rasa sangat sedih, and just felt I’m the loser among off all the loser in Loserland. Mungkin aku penat, mungkin aku tak larat. Tatkala apa yang aku usahakan separuh dalam genggaman, dugaan datang bertimpa-timpa. Sakan sungguh.
Ya. Sungguh-sungguh perkataan itu menghantui aku hingga kini. Walau apa pun yang aku buat, yang aku usahakan, namun aku masih tak dapat jadi yang terbaik, dan still jadi last choice. Dari segi kerja, life, kawan-kawan, family sekalipun akan bertumpu pada aku bila aku dirasakan orang yang boleh menolong. Kalau aku susah? Hmm….
Buat masa sekarang, aku tak tahu apa yang aku harus buat dan perlu buat. Aku felt lost sangat. LOST. Kutuklah aku. Aku tahu, semua orang akan cakap, "Sudahhh la kau memang LOSER siakkk…Itu pun nak cerita kat orang ka?" Aku dah tak peduli lagi. Aku dah letih.
Maaflah. Saya nak berangkat pulang. Esok menjelma dengan ribuan lagi dugaan yang akan ditimpakan atas bahu jembala patik.
Posted in Uncategorized | No Comments »
January 19th, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Tiba-tiba hari ini aku terasa rindu amat sangat. Kerinduan yang dah lama ku tahan. Bagaikan bunga yang merindu titisan hujan di tanah kering kontang. Bagai kumbang rindukan bunga. Bagai pungguk rindukan bulan. Rindu sungguh aku pada bau, rasa dan memori dulu.
Aku membesar di banyak daerah. Sana sini aku terbang. Tapi yang paling berkesan (dah masih berkesan di hati) ialah di daerah ku sendiri. Walaupun aku sekolah kampung (tak macam org lain skool seme kat town yeah!!) tapi aku suka…sebab minus tekanan.
Sebenarnya aku rindukan kampung. Rindu udaranya. Rindu kabus paginya yang sejuk mencengkam tulang. Rindu makanannya. Semua sekali ku rindu. Aku teringin amat nak makan tapai pulut berbungkus elok dalam daun keladi (kat daerah aku je ada style camni), aku rindukan Abang Nuar dan nasi pulut tanak disirami sambal ikan bilisnya. Paling penting, aku rindukan oren cap Lion di stesen bas Raub. Uhh. Aku bosan di sini. Bosan sungguh-sungguh.
Tapi…
Bisakah aku melangkah pulang tatkala awan mendung datang menghujani aku? Tak sanggup sungguh rasanya.
Aku belum cukup kuat untuk pulang.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
January 10th, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Setelah membaca tuduhan yang dilemparkan oleh Encik/Cik kc di http://mamapapa.dalnet.org.my/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=101#1239 aku gamam-gamam sendiri. Hendak tergelak pun ada, naik rasa meluat pun ada. Isu basi digembur-gembur (tak ada idea nak menulis agaknya) bab halal-haram di Starbucks Coffee. Bukannya sedikit customer keep coming and ask about "Halal ke Starbucks ni?" Sampai naik jemu nak jawab soalan yang bukan-bukan. Bagi aku senang saja, kalau dah rasa was-was jangan ler minum/makan. Dah jatuh hukum pun. Kononnya nak menyebarkan perkara yang baik, akhirnya bertukar menjadi fitnah. Tak rasa berdosa ke? Bercakap atau menulis tanpa berlandaskan fakta dan akal fikiran, logical thinking serta bukti yang kukuh lagi nyata, lantas menjatuhkan hukuman? Huh. Memalukan sungguh! Bak kata orang, cakap sedap mulut saja.
Tak salah kalau nak menulis atau nak share apa yang kita rasa penting untuk umum, tapi kalau setakat cut and paste tanpa menyelidik, aku rasa itu adalah perkara paling bodoh dilakukan oleh banyak orang pada masa ini.
Maaflah, aku emosi. Tapi aku rasa patut aku emosi sebab kaki cut and paste ni memang ramai, dan senang-senang jatuhkan hukum tanpa soal selidik dulu, kalau tak ditegur memang entah apa lagi yang disogok pada umum.
One word to show my personal appreciation to kaki "cut and paste" :
Loser!!!
Posted in Uncategorized | No Comments »
January 6th, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Aku balik setelah berlelah seharian bekerja menjadi kuli Yahudi. Penat. Letih.
Tiba-tiba aku rasa sunyi. Aku capai henpon dan cuba-cuba dial dan sms sesiapa yang aku rasa mampu mengisi kesunyian.
Guess what? Aku kelebek list phonebook aku dekat enam kali.
Non. Zero.
Barulah aku sedar bahawa aku adalah seorang perantau sepi.
Titik.
Posted in Uncategorized | No Comments »
January 2nd, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Semalam lepas pergi Sunway Lagoon, aku pergi makan steak. Kedainya dekat saja, betul-betul belakang 7-11 Pandan Indah dekat area sekolah tu.
Aku rasa cam lapar..tapi tak boleh nak makan lamb (seminggu straight aku makan kambing..berpinau mata den nanti) jadi aku pilih lembu saja.. Daging okay..lembut..senang digigit dan dikunyah…servis pun okay..cuma gravy saja kureng sikit…mushroom gravy aku masin sikit. Adeh. Kalau banding dengan Chilli’s daging memang boleh sama tahap dah..gravy saja tolak markah.
Kalau steak lover, ada one pound steak ya…sangat besar..dan banyak pilihan lain…ada spaghetti, clams, broccoli etc.
Lupa nak tulis lagi. Kedainya nama Moon’s Kitchen. Owner sangat peramah. Cakap cam butir peluru. Harga pun berpatutan. He he he. Kalau rajin pergi la cuba…
Posted in Uncategorized | No Comments »
January 1st, 2008 by virtuallyinsanevirgoan
Semalam lepas habis kerja, aku balik rumah.
Macam biasa bila aku balik, aku akan on tv, letak food, ambil pinggan dan duduk makan. Sambil bermain-main dengan remote control, aku akan tukar semua channel..klik klik klik klik. Konsert, klik. Konsert, klik. Konsert lagi? Klik. Haih, sudahnya aku penat sendiri. Semacam satu acara wajib, konsert sana sini. Petang masa aku tengah kerja pun ada customer tanya (budget-budget la kak nak tanya pun) "Tak pergi mana-mana ke…clubbing ke.." Ha ha ha ha!! Aku sengeh saja. Maaflah, aku memang bukan jenis manusia yang suka keluar bersesak-sesak di detik-detik 31 Dec, 24 Dec, 30 Aug, dan yang seangkatan dengannya. Lantaklah korang nak cakap aku ni homely type ke, tak town ke, village ke, yang penting aku lebih gembira duduk di rumah lepak-lepak sambil tengok tv (or konsert? ewww so lame).
Perlukah aku jadi seperti orang lain untuk enjoy life aku?
He he he
Selamat Tahun Baru
Maaf, aku tak ada apa-apa azam tahun ni. Malas nak berazam.
Posted in Uncategorized | No Comments »
December 30th, 2007 by virtuallyinsanevirgoan
MInggu lepas aku pegi HEP.
Aku datang dengan niat suci untuk mengutarakan permasalahan…sana sikit sini sikit…lebih kurang lah. Tapi aku gusar, oleh kerana mood bercuti hampir menjengah..dan aku fikir mungkinkah mereka nak melayan kerenah aku?
Tak apa..aku pergi saja jengah-jengah.
Ku tolak pintu kaca yang berhias cantik dan ada seorang awek sedang bekerja (atau buat-buat ada kerja). Aku duduk, dia pun bangun. Aku pelik. Tak nampak akukah? Dia away dalam 5 minit dan kembali semula dengan kerja-kerjanya. Aku masih menunggu. 5 minit dia away lagi sekali. Akhirnya dapat juga aku bercakap setelah menunggu dalam 10 minit tanpa diendahkan. Baru buka mulut, (tak abis cakap lagi ni) dia tunjuk muka serius. Tegas mengatakan semuanya ada dalam kertas yang aku baru sahaja pegang. Erkk….
Lantas aku terfikir. Mungkinkah kerana dia bekerja di organisasi kerajaan lantas menjadikan dia kebal customer-non-friendly? Dan boleh suka-suka layan atau tak nak layan orang yang mengadap? I don’t even ask for your money…’duh.
Hmmm…mungkin aku bekerja terlalu lama di bawah non-government sector. Jeez.
Posted in Uncategorized | No Comments »
November 1st, 2007 by virtuallyinsanevirgoan
Im back.
It has been a long week since Hari Raya Idul Fitri. And the mood of Raya already over. Sigh, working back on the Fourth Raya should be pretty amazing after being such a trash can (coz u will dump anything u can in ur stomach this festive season) and open hse after open hse will haunt you…. uuHhh scareddd..
Coffee addicted I be..maybe.. Coz I’m getting my tall vanilla latte with 3 shots of espresso!! OMG such a drastic change..and I love it. Err.. maybe I should stop drinking coffee for a while..detox etc.. Surprisingly, my lil sis called me later at nite before asking for jobs at Starbucks!! I was shocked…ha ha ha! What happend to the good ol’ time at the O’Brian? Dunno…management probss… oh..sigh again.
Erm..this week is my ‘emo’ week. A lot of bad things happend and my mood also being ruined by my period..damn. Anyway I’m hoping for a better next week.
See ya guys around
Cheers
Posted in Uncategorized | No Comments »
September 7th, 2007 by virtuallyinsanevirgoan
Soalan Top 5 di Starbucks Menara Maybank
Nombor 5
"Adik…boleh tumpang cas laptop/henpon?"
Nombor 4
"Adik…pinjam pen/lighter buleh?"
Nombor 3
"Adik..sini ada jual top-up tak?"
Nombor 2
"Adik…milo satu!"
and the winner goes to…
drum rolls…
Nombor 1 dalam carta
"Adik…tandas kat mana?"
p/s: Undian dikira dari segi bilangan pertanyaan yg diajukan dalam sehari. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
August 25th, 2007 by virtuallyinsanevirgoan
Seorang rakan sekerja kepada rakan serumahku telah memberikan pendapat mengenai dia (termasuk aku juga). Pendapatnya lebih kurang begini;
"Itu housemate you ke? No wonder la you always look muram… hsemate you pun muka lebih kurang sama muram jugak cam you,"
"And you guys need each other rite? Sebab you two are too independent,"
WTF?
Aku terdiam. Dalam detik nano-saat aku membuat andaian, office collegue dia ni takde keje lain ke menyebok hal muka org lain? Hmm. Nevermind. Padahal kenal aku dalam jangka masa 3 minit saja. And she don’t even bother to say hi back. Komen-komen yang terakhir agak pedas, kerana apa perlu di buat andaian sedemikian? Adakah sebab dia dah married so dia boleh cakap orang-orang yang belum kahwin macam aku dan hsemate aku ni pathetic loser and self-centered?
Fikir-fikirkanlah.
p/s: komen-komen di atas telah diutarakan oleh Mrs X pada keesokan harinya apabila berjumpa dengan hsemateku di opis.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »